Friday, 28 July 2017

SOALAN DAN JAWAPAN CONTOH PT3 KEMAHIRAN HIDUP

PT3 KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

          PENYELENGGARAAN PERANGKAP ‘S’
1.     Letakkan baldi dibawah perangkap tersebut.
2.     Longgarkan plag dengan sepanar boleh laras dan tanggalkan plag buangan tersebut.
3.     Sisa keluaran akan keluar dan gunakan dawai untuk sisa endapan yang tertinggal.
4.     Pasang plag pembuangan semula selepas selesai semua pembersihan.

Fungsi perangkap
1.      Memerangkap serangga
2.     Memerangkap sisa makanan.
3.     Memerangkap bau busuk daripada memasuki rumah.

 






                    Sink A                                                                      Sink B


Sink A
Sink B
Dapat menghalang bau daripad
 memasuki rumah
Tidak dapat menghalang bau dari
memasuki rumah
Dapat memerangkap serangga
Tidak dapat memerangkap serangga
Dapat memerangkap makanan
Tidak dapat memerangkap makanan

Empat langkah mengganti  sesendal pili.

1.     Tutup punca bekalan air.
2.     Buka nat kepala pili dengan spannar boleh laras.
3.     Gunakan playar muncung tirus untuk mengeluarkan pelompat dari kepala pili.
4.     Keluarkan sesendal dari pelompat..

Tiga jenis keratan batang :
1.     Keratan batang lembut
2.     Keratan batang sederhana
3.     Keratan batang keras

Empat  penjagaan anak pokok :
1.     Membaja
2.     Merumput
3.     Menyiram
4.     Mengembur

Lima fungsi bahagian sistem ekzos.

1.     Injap ekzos – membenarkan campuran udara dan bahan api yang telah terbakaar keluar dari silinder.
2.     Paip ekor– menghalakan gas ekzos ke udara
3.     Paip ekzos – menghubungkan rongga ekzos
4.     Penyenyap bunyi – menyerap bunyi bising hasil dari letupan pembakaran enjin.
Rongga ekzos – menghubungkan liang ekzos dengan penyenyap bunyi

No comments:

Post a Comment

sinopsis songket berbenang emas berdasarkan lagu

Sinopsis Songket Berbenang Emas -(Melodi Berdasarkan lagu Cinta Pantai Merdeka) Kehidupan Dahlia, penuh tangis dan duka Ditemani kawan-k...