Thursday, 11 January 2018

Sejarah Kampung Gelok

SEJARAH KAMPUNG GELOK

         Di kilometer A79 Kuala Kangsar terdapat satu kampung yang terkenal dengan perjumpaan Perak Man  di Gua  Gunung Runtuh iaitu Kampung Gelok. Gelok juga adalah kampung yang terbesar di Lenggong. kampung Gelok mempunyai beberapa lagi kampung di dalam nya. Antara kampung-kampung yanfg terlibat ialah Kampung Rambung,Kampung Baru, Kampung Ulu Jepai, Kampung Air Lenggong dan beberapa lagi buah kampung.
     Antara tempat-tempat menarik di Gelok pula ialah Air Taga, Gua Gunung Runtuh, Gua Puteri, gua Asar ,Gua Ngaum dan beberapa lagi gua yang lain. Sebenarnya, terdapat beberapa mitos atau lagenda yang penemuan Gelok ini.  Salah sebatang sungai di gelok dimana tempat perjumpaan "Gelok" oleh orang kampung. Perjumpaan tersebut apabila salah seorang dari orang kampung menaut ikan di sungai tersebut. Kemudian, beliau mendapati tiada ikan pada hari tersebut. Dia terus cuba dan mencuba menaut ikan sehingga larut petang. Apabila dia pergi ke kawasan lubuk untuk mencuba nasib. Tiba-tiba, dia terasa tautnya begitu berat untuk mengangkat. Dia cuba sedaya upaya untuk menaikkan tautnya itu. Alangkah terkejut nya apabila dia mendapati yang ditariknya bukan ikan tetapi ia sejenis labu air yang dipanggil "Gelok". maka mereka pun setujub untuk meletakkan nama kampung tersebut sebagai Kampung Gelok.
     Mitos kedua asal- usul Kampung Gelok ialah pernemuan 7 biji Gelok yang tersangkut di atas permukaan air sungai yang mengalir tanpa penghalang(batu atau kayu). Kisah nya dimulakan dengan salah seorang warga kampung yang sering lalu di sungai tersebut dan mendapati terdapat 7 biji Gelok Emas yang berlegar-legar diatas permukaan air sungai tanpa ada satu pun benda yang menghalang. Gelok Emas itu seolah-olah bernyawa dan mampu menahan diriya sendiri. 
   Kedua-dua mitos ini agak terkenal dalam masyarakat Kampung Gelok. Setakat ini saja yang mampu saya ceritakan. selebihnya Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

sinopsis songket berbenang emas berdasarkan lagu

Sinopsis Songket Berbenang Emas -(Melodi Berdasarkan lagu Cinta Pantai Merdeka) Kehidupan Dahlia, penuh tangis dan duka Ditemani kawan-k...